
Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Monday, September 14, 2009
Latar Belakang Ringkas Parlimen Malaysia

Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung.
Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator.
Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.
Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.
SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN
Pada bulan Disember 1959, satu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur dipilih sebagai tapak kompleks bangunan Parlimen.
Menurut laman web rasmi Parlimen, ilham untuk membina kompleks bangunan Parlimen datangnya daripada Ketua Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Bangunan yang menjadi simbol demokrasi di negara ini melibatkan kos RM18 juta.
Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan melakukan peletakan batu asas.
BANGUNAN UTAMA
Kompleks bangunan parlimen ini terbahagi kepada bangunan utama tiga tingkat dan menara yang mempunyai 17 tingkat.
Ia dirasmikan oleh Tuanku Syed Putra pada 21 Nov 1963.
Bangunan utama tiga tingkat itu menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Di tingkat pertama terdapat kantin, bilik wartawan dan bilik jamuan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Reka bentuk Dewan Negara hampir serupa dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.
Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang.
Di tingkat kedua terbahagi kepada dua anjung. Anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar (boleh memuatkan 30 orang), empat bilik kecil (muat 12 orang), pejabat dan tempat rehat bagi para pegawai kerajaan serta bilik Persatuan Parlimen Komanwel.
Di anjung kanan pula terdapat dua bilik makan, satu bilik khusus untuk ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu serta pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1,000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini dipayungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat anggota Parlimen berehat semasa persidangan.
MENARA
Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan utama. Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan anggota Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara.
Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk dengan pemandangannya ke arah padang perbarisan di mana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan.
Di tingkat 16 pula terdapat ruang lapang untuk menikmati keindahan pemandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.
KEISTIMEWAAN
Tahukah anda berapa banyak batu-bata yang digunakan untuk membina kompleks Parlimen?
Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya.
Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya.
Bagi menghalang sinaran cahaya matahari itu, seluruh bangunan ditutup dengan terawang berukir diperbuat daripada konkrit. Terawang berbentuk sarang lebah itu dipasang bahagian demi bahagian dan ini menyerlahkan lagi kehebatan bangunan ini.
Sementara itu, sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen yang mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.
Air berwarna biru, yang berfungsi untuk menghindarkan lumut dan lumpur, bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks.
Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.
Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi.
Bersebelahan kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa.
Parlimen sekarang ini sudah masuk penggal ke-12.
sumber BERNAMA
Sunday, September 13, 2009
Cara orang Melayu dulu-dulu beraya
SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam
Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.
Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.
Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.
Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.
Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.
Merantau
Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.
Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.
Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.
Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.
Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?
Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.
Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.
Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.
KRT - Bersatu Terus Maju
Thursday, September 10, 2009
Aktiviti Bulanan : Kutu KRT
Aktiviti ini telah berjalan semenjak dari tahun 2008 sebagai mengisi kalendar aktiviti dan program bulanan KRT fasa 4 dan kini telah masuk tahun kedua. Alhamdulillah, pelbagai lapisan masyarakat samada dari kaum Cina dan India selain dari kaum Melayu amat berminat untuk menyertai aktiviti ini.
Kutu KRT ini dijalankan secara undian hidup dimana cabutan kutu akan dibuat setiap 10 haribulan tiap-tiap bulan dan terbahagi kepada 3 kumpulan.
Sekiranya sambutan yang semakin menggalak, jumlah kumpulan tersebut akan ditambah bergantung kepada jumlah penyertaan.
Saturday, September 5, 2009
Tuntut Kesamarataan Cabaran Perpaduan
menjadi ‘hero’ menuntut kesamarataan dalam pelembangaan Negara adalah cabaran utama dihadapi bagi mewujudkan perpaduan dalam Negara ini.Tindakan tuntutan bagi memperjuangkan hak kaum sendiri dan ungkit mengunkit tidak sepatutnya berlaku kerana perkara berkenaan sudah diputuskan dalam Perlembagaan Negara.
Walaupun tidak dinafikan bahawa konsep kesamarataan cuba dibawa itu betul, namun ia tidak sesuai diusulkan di Negara ini yang terikat dengan kontrak social semasa ia diwujudkan.
Satu lagi kita hadapi ialah cabaran maya iaitu apabila anak muda terutamanya terdedah kepada order baru dan idea baru diterima mereka cuba menidakkan segala usaha dan perjuangan lalu.
Kita seharusnya senatiasa supaya menyedari hakikat kewujudan Negara ini. Walaupun keistimewaan diberikan kepada orang Melayu, namun hak bangsa lain tetap tidak dinafikan dan semua terbela di Negara ini.
Dalam pada itu, kita juga tidak harus mempercayai sebarang usaha untuk menghapuskan golongan etnik Negara ini oleh pihak tidak bertanggungjawap sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.
Setiap program diadakan oleh KRT adalah bagi mewujudkan perpaduan dan usaha berkenaan bermula dengan berbaik-baik sesama jiran tanpa mengira bangsa.
Untuk itu, KRT harus sentiasa menjadi pendukung perpaduan komuniti ini. Kita percaya apabila berbaik dengan jiran, secara tidak langsung keselamatan setempat kita terjamin sekali gus dapat mengurangkan jenayah.
Aktiviti serta program yang berterusan juga sebagai salah satu usaha untuk kita menghayati kembali nilai dan konsep perpaduan perlu diamalkan dalam masyarakat.
AJK KRT Tidak Aktif Boleh Dipecat
Tetangga (KRT) disarankan supaya sentiasa berusaha bersama merancang pelbagai aktiviti bagi memastikan penubuhan mereka sentiasa aktif. Ini adalah kerana KRT yang tidak aktif boleh dilucutkan keahliannya.Ahli Jawatankuasa yang menjadi penggerak kepada KRT di setiap kawasan perlu memastikan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan terdapat aktiviti yang dilaksanakan.
KRT yang kurang aktif dapat mengadakan perbincangan dan merujuk kepada pihak JPNIN daerah yang sentiasa bersedia untuk membantu menggerakkan KRT masing-masing.
Ahli Jawatankuasa yang tidak memberi sumbangan boleh dipertikaikan tanggungjawab mereka dan jawatan itu boleh diserahkan kepada individu lain. Justeru, setiap AJK KRT dinasihatkan supaya mereka yang menjadi tulang belakang di setiap KRT dapat mempertahankan jawatan masing-masing bagi mengelak kredibiliti mereka dipertikaikan.
Sekiranya masing-masing hanya berebut untuk menyandang jawatan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan ia boleh menimbulkan masalah kepada KRT di sesuatu kawasan berkenaan
Peranan yang dimainkan oleh KRT adalah penting dalam mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan lagi hubungan antara individu dan diharapkan ia dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
Adab Bermasyarakat
• Menghindari diri dari menyakiti hati kawan
• Merendahkan diri
• Tidak bermasam muka
• Memberi layanan sama rata
• Meminta izin jika ingin masuk rumah
• Mengasihi anaknya dan hormati orangtua
• Menepati janji
• Mengamankan perselisihan
• Merahsiakan keaiban
• Membantu sesama islam
• Berbaik sangka
• Mententeramkan yang ditimpa musibah
• Tidak meremehkan orang lain
• Membantu golongan miskin
• Mudah memberi maaf
• Sentiasa bermanis muka

