Saturday, September 5, 2009

AJK KRT Tidak Aktif Boleh Dipecat

Untuk pengetahuan semua, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disarankan supaya sentiasa berusaha bersama merancang pelbagai aktiviti bagi memastikan penubuhan mereka sentiasa aktif. Ini adalah kerana KRT yang tidak aktif boleh dilucutkan keahliannya.

Ahli Jawatankuasa yang menjadi penggerak kepada KRT di setiap kawasan perlu memastikan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan terdapat aktiviti yang dilaksanakan.

KRT yang kurang aktif dapat mengadakan perbincangan dan merujuk kepada pihak JPNIN daerah yang sentiasa bersedia untuk membantu menggerakkan KRT masing-masing.

Ahli Jawatankuasa yang tidak memberi sumbangan boleh dipertikaikan tanggungjawab mereka dan jawatan itu boleh diserahkan kepada individu lain. Justeru, setiap AJK KRT dinasihatkan supaya mereka yang menjadi tulang belakang di setiap KRT dapat mempertahankan jawatan masing-masing bagi mengelak kredibiliti mereka dipertikaikan.

Sekiranya masing-masing hanya berebut untuk menyandang jawatan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan ia boleh menimbulkan masalah kepada KRT di sesuatu kawasan berkenaan

Peranan yang dimainkan oleh KRT adalah penting dalam mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan lagi hubungan antara individu dan diharapkan ia dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.


KRT - Bersatu Terus Maju

No comments:

Post a Comment