Saturday, September 5, 2009

Tuntut Kesamarataan Cabaran Perpaduan

Sikap setenggah individu atau pihak tertentu hendak menjadi ‘hero’ menuntut kesamarataan dalam pelembangaan Negara adalah cabaran utama dihadapi bagi mewujudkan perpaduan dalam Negara ini.

Tindakan tuntutan bagi memperjuangkan hak kaum sendiri dan ungkit mengunkit tidak sepatutnya berlaku kerana perkara berkenaan sudah diputuskan dalam Perlembagaan Negara.
Walaupun tidak dinafikan bahawa konsep kesamarataan cuba dibawa itu betul, namun ia tidak sesuai diusulkan di Negara ini yang terikat dengan kontrak social semasa ia diwujudkan.

Satu lagi kita hadapi ialah cabaran maya iaitu apabila anak muda terutamanya terdedah kepada order baru dan idea baru diterima mereka cuba menidakkan segala usaha dan perjuangan lalu.

Kita seharusnya senatiasa supaya menyedari hakikat kewujudan Negara ini. Walaupun keistimewaan diberikan kepada orang Melayu, namun hak bangsa lain tetap tidak dinafikan dan semua terbela di Negara ini.

Dalam pada itu, kita juga tidak harus mempercayai sebarang usaha untuk menghapuskan golongan etnik Negara ini oleh pihak tidak bertanggungjawap sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.

Setiap program diadakan oleh KRT adalah bagi mewujudkan perpaduan dan usaha berkenaan bermula dengan berbaik-baik sesama jiran tanpa mengira bangsa.

Untuk itu, KRT harus sentiasa menjadi pendukung perpaduan komuniti ini. Kita percaya apabila berbaik dengan jiran, secara tidak langsung keselamatan setempat kita terjamin sekali gus dapat mengurangkan jenayah.

Aktiviti serta program yang berterusan juga sebagai salah satu usaha untuk kita menghayati kembali nilai dan konsep perpaduan perlu diamalkan dalam masyarakat.


KRT - Bersatu Terus Maju



No comments:

Post a Comment