Thursday, September 10, 2009

Aktiviti Bulanan : Kutu KRT

Ahli-ahli sedang membayar duit kutu


Peserta yang girang menerima duit kutu


Keakraban terserlah ketika undian kutu dijalankan


Penyertaan dari pelbagai usia dan lapisan masyarakat


Jamuan ringan selepas undian kutu


Jamuan yang ditaja oleh peserta yang mendapat duit kutu


---------------------------------------------------------------------------------------------


Salah satu aktiviti yang mendapat sambutan dari penduduk adalah permainan KUTU. Selain untuk merapatkan sillaturrahim sesama ahli dan penduduk, aktiviti ini juga sebenarnya sebagai salah satu cara untuk membantu ahli-ahli KRT yang kesempitan dan menghadapi masalah kewangan didalam menampung kos kehidupan yang semakin meningkat ketika ini.

Aktiviti ini telah berjalan semenjak dari tahun 2008 sebagai mengisi kalendar aktiviti dan program bulanan KRT fasa 4 dan kini telah masuk tahun kedua. Alhamdulillah, pelbagai lapisan masyarakat samada dari kaum Cina dan India selain dari kaum Melayu amat berminat untuk menyertai aktiviti ini.

Kutu KRT ini dijalankan secara undian hidup dimana cabutan kutu akan dibuat setiap 10 haribulan tiap-tiap bulan dan terbahagi kepada 3 kumpulan.

Sekiranya sambutan yang semakin menggalak, jumlah kumpulan tersebut akan ditambah bergantung kepada jumlah penyertaan.



KRT - Bersatu Terus Maju

No comments:

Post a Comment